Dengan kos hidup dan harga laptop yang semakin meningkat, ramai pelajar IPT kini mencari laptop bajet yang masih mampu menjalankan tugas harian dengan lancar. Tapi persoalannya, spec macam mana sebenarnya dah cukup untuk kegunaan belajar pada tahun 2026?
Ramai juga yang tersalah beli laptop terlalu murah sampai akhirnya cepat lag dan susah digunakan untuk assignment atau online class.

Tak Perlu Laptop Terlalu Mahal
Untuk kebanyakan pelajar IPT, laptop mahal sebenarnya tidak wajib. Jika kegunaan hanya untuk:
- Assignment
- Online class
- Microsoft Office
- Browsing
- Canva atau editing ringan
RAM Minimum Yang Disarankan
Pada tahun 2026, RAM 8GB boleh dikatakan minimum yang sesuai untuk pelajar. Jika masih menggunakan 4GB RAM, laptop mungkin akan mula terasa perlahan apabila buka banyak tab atau aplikasi serentak.
Dengan 8GB RAM:
- Multitasking lebih smooth
- Online meeting lebih stabil
- Kurang lag semasa buat assignment
Untuk pelajar yang buat editing atau design, 16GB RAM lebih sesuai.

SSD Sangat Penting
Ramai pengguna masih fokus pada processor tetapi lupa bahawa SSD memainkan peranan besar dalam kelajuan laptop.Minimal 256 GB..
Laptop dengan SSD:
- Boot lebih laju
- Apps cepat dibuka
- Kurang loading
Walaupun processor biasa, laptop masih boleh rasa smooth jika menggunakan SSD

Processor Mana Yang Cukup?
Untuk kegunaan pelajar biasa:
- Intel Core i5
- AMD Ryzen 5
sudah cukup baik untuk penggunaan harian dan multitasking.
Jika bajet lebih rendah, Intel i3 atau Ryzen 3 masih boleh digunakan, asalkan dipadankan dengan SSD dan RAM yang mencukupi.

Laptop Refurbished Juga Semakin Popular
Disebabkan harga laptop baru semakin tinggi, ramai pelajar mula memilih laptop refurbished kerana lebih murah dan masih mampu memberikan performance yang baik.
Jika membeli dari penjual yang trusted, laptop refurbished boleh menjadi pilihan yang sangat berbaloi untuk student.

Untuk pelajar IPT, laptop yang sesuai tidak semestinya paling mahal. Dengan spec yang betul seperti 8GB RAM, SSD dan processor yang sesuai, laptop sudah cukup untuk kegunaan belajar beberapa tahun.
Yang penting ialah pilih laptop ikut keperluan, bukan sekadar design atau trend semasa.








Leave a Reply