Ramai pengguna mengadu laptop cepat rosak walaupun baru digunakan beberapa tahun. Ada yang mengalami masalah bateri cepat kong, laptop panas, performance semakin perlahan atau tiba-tiba tidak boleh on.
Sebenarnya, kebanyakan masalah ini bukan berpunca daripada jenama semata-mata, tetapi cara penggunaan harian yang kurang betul.
Laptop Terlalu Panas

Masalah overheating adalah antara punca utama laptop cepat rosak. Apabila suhu laptop terlalu tinggi untuk tempoh yang lama, komponen dalaman seperti motherboard, processor, bateri dan storage akan bekerja dalam keadaan yang tidak stabil.
Antara punca laptop cepat panas ialah penggunaan di atas permukaan lembut seperti tilam atau bantal yang menghalang aliran udara. Selain itu, habuk yang terkumpul pada bahagian fan dan sistem cooling juga boleh menyebabkan udara panas tidak dapat keluar dengan baik.
Jika masalah ini dibiarkan terlalu lama, laptop boleh mula menjadi perlahan, sering hang atau mengalami kerosakan hardware yang lebih serius.
Jarang Servis Laptop

Ramai pengguna hanya servis laptop apabila sudah rosak. Padahal habuk yang terkumpul dalam sistem cooling boleh menyebabkan laptop cepat panas dan performance menurun.
Servis berkala membantu:
- Membersihkan fan
- Menukar thermal paste
- Menstabilkan suhu laptop
Dengan melakukan servis secara berkala, laptop akan lebih stabil, kurang panas dan mampu bertahan lebih lama.
Menggunakan Charger Tidak Sesuai

Penggunaan charger yang bukan original atau tidak sesuai dengan voltage laptop juga boleh memberi kesan kepada bateri dan motherboard.
Dalam sesetengah kes, charger murah boleh menyebabkan:
- Laptop panas semasa charging
- Bateri cepat rosak
- Charging tidak stabil
Lebih teruk lagi, penggunaan charger yang tidak berkualiti boleh memberi risiko kepada motherboard dalam jangka masa panjang.
Storage Terlalu Penuh

Laptop yang hampir penuh storage juga boleh menjadi perlahan walaupun spesifikasinya masih baik. Sistem memerlukan ruang kosong untuk menjalankan pelbagai proses dengan lancar.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila:
- Terlalu banyak file disimpan
- Banyak software tidak digunakan
- Terlalu banyak apps berjalan di background
Akibatnya, laptop akan terasa berat dan kurang smooth semasa digunakan.
Cara Penggunaan Yang Kasar

Cara penggunaan harian juga memainkan peranan penting dalam menentukan ketahanan laptop. Ramai pengguna tidak sedar bahawa tabiat kecil boleh menyebabkan kerosakan secara perlahan.
Antara kesilapan biasa ialah:
- Membuka laptop menggunakan sebelah tangan
- Menutup laptop terlalu kuat
- Meletakkan barang berat di atas laptop
- Menekan screen dengan jari
Masalah seperti engsel longgar atau screen retak biasanya berlaku disebabkan penggunaan seperti ini.

Laptop sebenarnya mampu bertahan bertahun-tahun jika digunakan dan dijaga dengan betul. Kebanyakan kerosakan berlaku bukan secara tiba-tiba, tetapi berpunca daripada tabiat penggunaan harian yang dilakukan berulang kali tanpa disedari.
Dengan penjagaan yang baik, servis berkala dan penggunaan aksesori yang sesuai, laptop boleh kekal lancar, stabil dan tahan lebih lama tanpa perlu kerap repair atau membeli baru.







Leave a Reply