
Screen laptop antara part paling mahal nak repair.
Kalau tak jaga betul, mudah jadi calar, berbayang atau terus rosak.
Ini cara mudah untuk elakkan masalah tu.
1 . Jangan Tekan Screen
Menekan screen walaupun sedikit boleh memberi kesan kepada panel display. Tabiat seperti menekan dengan jari atau menutup laptop dengan terlalu kuat boleh menyebabkan kerosakan dalaman seperti garis atau bayang pada skrin.

2 . Jangan Letak Benda Atas Laptop
Meletakkan barang di atas laptop, terutamanya yang berat seperti buku, boleh memberi tekanan kepada screen. Ini boleh menyebabkan skrin retak atau rosak tanpa disedari, terutamanya apabila laptop ditutup.

3 . Bersihkan Dengan Cara Betul
Cara membersihkan screen juga penting untuk mengelakkan kerosakan. Menggunakan tisu kasar atau menyembur air secara terus boleh merosakkan permukaan skrin. Sebaiknya gunakan kain microfiber yang lembut bersama screen cleaner.

4 . Buka Laptop Dengan Cara Betul
Cara membuka laptop juga memainkan peranan penting dalam menjaga screen. Elakkan membuka laptop dengan memegang sebelah sahaja kerana ia boleh memberi tekanan tidak sekata pada engsel dan skrin. Sebaiknya buka dari bahagian tengah dengan perlahan supaya tekanan diagihkan dengan seimbang dan tidak merosakkan struktur screen.

Nak Senang?
Jika screen laptop anda sudah mula menunjukkan tanda kerosakan, boleh hubungi SifuTech untuk pemeriksaan dan cadangan repair 👍








Leave a Reply