Sekarang banyak laptop dan router baru mula menggunakan teknologi WiFi 6. Tapi ramai pengguna masih tertanya-tanya, adakah WiFi 6 betul-betul lebih baik atau sekadar upgrade biasa?
Untuk kebanyakan pengguna, perbezaannya memang ada, tetapi bergantung kepada cara penggunaan dan jenis peranti yang digunakan.
Apa Itu WiFi 5 dan WiFi 6?
WiFi 5 ialah teknologi wireless yang sudah lama digunakan dan masih sangat popular pada kebanyakan laptop serta router hari ini. WiFi 6 pula ialah versi yang lebih baru dengan peningkatan dari segi kelajuan, kestabilan dan kecekapan sambungan.
Secara mudah, WiFi 6 direka untuk menangani penggunaan internet yang semakin berat dan banyak peranti dalam satu masa.
Kelajuan Lebih Tinggi
WiFi 6 mampu memberikan kelajuan yang lebih tinggi berbanding WiFi 5, terutama apabila digunakan dengan internet berkelajuan tinggi.
Contohnya, jika rumah menggunakan pelan internet fiber yang laju, WiFi 6 boleh membantu memastikan kelajuan tersebut digunakan dengan lebih optimum tanpa banyak bottleneck.
Lebih Stabil Bila Banyak Device Sambung
Salah satu kelebihan utama WiFi 6 ialah keupayaan mengendalikan banyak device secara serentak.
Dalam rumah sekarang biasanya ada:
- Laptop
- Smartphone
- Smart TV
- CCTV
- Tablet
Jika semua device menggunakan internet pada masa yang sama, WiFi 6 lebih stabil dan kurang mengalami lag berbanding WiFi 5.

Penggunaan Bateri Lebih Efisien
WiFi 6 juga direka supaya lebih menjimatkan bateri untuk device yang menyokong teknologi tersebut. Ini membantu laptop atau smartphone bertahan lebih lama ketika menggunakan WiFi.
Walaupun perbezaannya tidak terlalu besar, ia tetap membantu untuk penggunaan harian.
Perlu Ke Upgrade Ke WiFi 6?
Kalau penggunaan internet anda cuma untuk:
- Browsing
- YouTube
- Kerja office biasa
WiFi 5 sebenarnya masih mencukupi.
Tetapi jika:
- Ramai pengguna dalam rumah
- Selalu gaming atau streaming
- Guna internet laju
- Banyak smart device
WiFi 6 lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.
Bukan Router Je Penting
Ramai ingat tukar router terus dapat WiFi 6. Sebenarnya laptop atau phone juga perlu menyokong WiFi 6 untuk menikmati sepenuhnya teknologi tersebut.
Kalau laptop masih guna WiFi card lama, perbezaannya mungkin tidak terlalu ketara.
WiFi 6 memang lebih baik dari segi kelajuan dan kestabilan, tetapi bukan semua pengguna wajib upgrade sekarang.
Untuk pengguna biasa, WiFi 5 masih memadai. Namun untuk rumah dengan banyak device dan penggunaan internet yang lebih heavy, WiFi 6 boleh memberi pengalaman yang lebih smooth dan stabil.







Leave a Reply